Monday, July 5, 2010

23 MINGGU


[Gambar sekadar hiasan]

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Thursday, July 1, 2010

22 MINGGU


[Gambar sekadar hiasan]


Bayi Anda

Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.


Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

Tuesday, June 29, 2010

FULL OF AFFAN






Ni Dia Orang Baru Kami!

Nie la MUHAMMAD ZAFRY AFFAN yang seberat 3.8kg!fuhhh....semangat kan....





AFFAN with kak AWEEN..




muuuuuwahhhhhhh.....cayang adik!




with MAMA





with maksu :)



Sunday, June 27, 2010

Orang Baru

Pada hari jumaat 18 jun 2010 tepat jam 8.40pm lahirla sorang lagi anak buah aku...anak buah aku kali nie lelaki...jadilah anak buah aku seramai 4 orang...bestnyaaaaa.....anak buah aku sorang neh di beri nama MUHAMMAD ZAFRY AFFAN....kiut jer...gerammmmmmmmm........aween pun exited dapat adik neh tapiiiiiiiiii ada gak sedikit cemburu...huhu...tak boleh nak cakap kasar2 nanti mula la nak tersentap, kadang2 kesian gak kat aween....

Aku plak tadi baru pas p cek kat klinik, kena cucuk!huhu...sakittttt...lama tak kena cucuk apa lagi manjala. Tangan dah mula lenguh2 dah neh, ingat nak upload gambar bby tapi semegan la plak...huhu...len kali la aku upload....

Tuesday, June 15, 2010

SCAN


[Gambar sekadar hiasan]

Baru balik dari p scan...p scan kat klinik kesihatan apa satu pun tak nampak..huhu..tetap tak puas hati aku p pulak Mahsuri, hehe...baru nampak jelas...trang...tang...tang...tang...hehe...tapi rahsia dulu nanti tak seprise lak..kehkeh..laki aku melompat2 lam bilik doktor tuh, perghhh semangat gila sampai doc pun tumpang bahagia sama..yeayyyyy leh p shoping tanpa ragu2 lagi nak beli baju kaler apa, sebelum nie teragak2 ja, satgi ambik baju pink bunga2 kang kuaq boy, nak beli baju ganas2 kang nampak girl...huhu...ermmmmm.... shoping lagi laaaaaaaaaaaaa...lalalala... senang hati baby pun aktif gerak sana sini sampai doc pun kata "wahhh aktifnya baby awak" senang atiku dengar...alhamdulillah...aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.................

Monday, June 7, 2010

Anak Buah Baru

Yeayyy...tak lama lagi aku nak dapat anak buah baru, adik aween...maknanya dalam tahun nie mak aku timang cucu 2 orang la. Anak buah aku kali nie its a boy! Kalau baby aku pon boy maka berkawan karibla diorang maka peningla mak aku...kehkeh...aween pon dah x sabar nak tunggu adik dia keluar, macam2 nama dah yang dia cari, sat irfan la, daniel la, adam la, hafiz la....mana dia dapat pon tak tau la nama2 tuh, tah2 nama kawan2 skul dia hehe...tak sabar nak jadi kaka yong la katakan..tak lama dah tinggal 2 minggu ja lagi kak aku beranak...