Thursday, August 11, 2011
Lagu kesukaan Haziq
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Monday, August 8, 2011
My choki-choki dah 9 bulan!
tengok la mata Haziq yg bulat tuh!
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Al-Mubarak
Salam..Selamat berpuasa semua....jangan ponteng puasa...rajin2 la solat tawarih eh terawih la...hehe...jangan membazir bila p bazar ramadhan tuh tau!
*pesanan dari haziq irfan
Wednesday, July 20, 2011
Keletah Anakku
- Haziq sekarang dah mula nak panjat2 neh, kadang2 sampai terjatuh, dahi 2 sentiasa lebam, lasak sungguh.
- Dah pandai panggil aaaaa......bah, huhu bila nak panggil mama lak nie...mulut dia bising sangat, potpet 24jam.
- Gg x dak lagi, bila senyum xdak gg hehe comel sangat, ditambah dengan lesung pipit dia, sapa yg tak tergoda.
- Haziq nie senang nak jaga sebenarnya, cuma kadang2 ja angin x elok mulala buat perangai bagus dia 2..
- Haziq suka orang ramai, dia x suka duduk sorang tanpa teman..
- Haziq sangat la peramah dan mesra rakyat..
- Senang nak bawak Haziq p majlis apa2 pun, kalau cukup tidur mesti x dak masalah.
- Haziq suka sangat senyum lebarrrrr sampai telinga, nak marah pun x jadi marah bila tengok keletah dia.
- Kalau demam Haziq memerap ja, nak dok dalam doi 24jam..x mau turun, cian tengok Haziq masa demam. Tak ceria tanpa keletah dia.
- Dulu Haziq suka isap puting kosong, tapi sekarang dak dah Haziq dan berubah arah, dia ada BANTAL BUCUK!!!
- Haziq sukaaaaaaaa mandi......
MUHAMMAD HAZIQ IRFAN..Hadirmu bawa cahaya dalam hidup mama dan abah... Jadilah anak yang soleh dan berguna seperti namamu anak...
Sunday, June 26, 2011
Ragam Haziq di kebun buah
Thursday, May 5, 2011
Bantal Bucuk..
Wednesday, February 16, 2011
Haziq dah 100 hari!!
Saturday, January 15, 2011
Kenali My Little Precious
Tarikh Lahir: 08 November 2010
Masa Lahir: 02.32pm
Tempat Lahir: Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah
Berat Lahir: 2.6kg
nak tumbuk sapa 2??
i like nyot2 puting
Disebabkan nak upload pic agak lembab so setakat nie sajalah yg sabar nsk upload...huhu...tunggu di hari lain plak la upload...aduhhh....
Wednesday, November 10, 2010
SAYA DAH SELAMAT BERSALIN
Monday, September 13, 2010
Scan kali ke-2
Sunday, August 15, 2010
Saya dah 29 minggu!!
Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.
Monday, July 5, 2010
23 MINGGU
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.
Thursday, July 1, 2010
22 MINGGU
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.
Tuesday, June 29, 2010
Sunday, June 27, 2010
Orang Baru
Aku plak tadi baru pas p cek kat klinik, kena cucuk!huhu...sakittttt...lama tak kena cucuk apa lagi manjala. Tangan dah mula lenguh2 dah neh, ingat nak upload gambar bby tapi semegan la plak...huhu...len kali la aku upload....
Tuesday, June 15, 2010
SCAN
Baru balik dari p scan...p scan kat klinik kesihatan apa satu pun tak nampak..huhu..tetap tak puas hati aku p pulak Mahsuri, hehe...baru nampak jelas...trang...tang...tang...tang...hehe...tapi rahsia dulu nanti tak seprise lak..kehkeh..laki aku melompat2 lam bilik doktor tuh, perghhh semangat gila sampai doc pun tumpang bahagia sama..yeayyyyy leh p shoping tanpa ragu2 lagi nak beli baju kaler apa, sebelum nie teragak2 ja, satgi ambik baju pink bunga2 kang kuaq boy, nak beli baju ganas2 kang nampak girl...huhu...ermmmmm.... shoping lagi laaaaaaaaaaaaa...lalalala... senang hati baby pun aktif gerak sana sini sampai doc pun kata "wahhh aktifnya baby awak" senang atiku dengar...alhamdulillah...aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.................







